Friday, 2 September 2011

KAEDAH BASIC UNTUK SERVIS PENYAMAN UDARA JENIS UNIT PISAH

Pengujian dan penyelenggaraan bahagian “Cooling Coil”.










Cooling coil atau lebih dikenali sebagai penyejat berfungsi untuk menyerap kandungan haba yang terdapat pada sesuatu ruang. Jika kecekapan berkurangan, jumlah haba tidak dapat dikeluarkan dari ruang berkenaan dengan sempurna. Ini akan menyebabkan ruang berkenaan tidak dapat dinyamankan oleh unit penghawa dingin. Selain itu juga, masalah yang mungkin timbul pada bahagian penyejat akan menyebabkan keselesaan penggunaan tidak dapat diwujudkan.




















Pengujian dan penyelenggaraan bahagian “Condensing Unit”.












Condensing unit berperanan untuk menyingkirkan haba yang diperangkap oleh evaporator. Haba ini disingkirkan melalui medium udara yang dihasilkan oleh kipas penghembus. Jika lapisan fin condensing diliputi oleh bendasing, kadar penyingkiran haba terbabit akan berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan keupayaan unit penghawa dingin berkenaan akan terjejas. Diantara sintom-sintom yang berlaku ialah tekanan bahagian discharge akan meningkat. Seterusnya pemampat akan mengalami beban lampau. Untuk membersihkan sirip/fin berkenaan, terdapat dua kaedah yang dicadangkan iaitu:-

1 Pancutan Air bersih
2 Semburan Aircond Coil Cleaner







Pancutan Air bersih














Kaedah pancutan air bersih ini lebih selamat dan ekonomi untuk digunakan. Semburan air menggunakan water jet pump bertindak untuk menyingkirkan bendasing yang menutupi fin/sirip condensing.Sekiranya anda ingin mempraktikkan kaedah ini, pastikan bahagian elektrik ditebat dan saluran masukan condenser ditutup supaya air tidak dapat memasukinya.






RUJUKAN:- Mohd Shafek Izwan Bin Ahmad TPPU ILP Labuan

No comments:

Post a Comment