Friday 9 December 2011

kajian tarikh lahir

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sunday 4 December 2011





Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketika 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui --->>> Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari:
( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )


1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan          Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid

*Dibenarkan berKONGSI jika anda rasa ia adalah tanggungjawab kita bersama sbg SEORANG MUSLIM...

Tuesday 25 October 2011

songsang kah amalan kita sekarang ini?


Pernahkah anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, pakai kain batik atau biasa-biasa saja. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


rujukan: http://www.informasi.my

Wednesday 19 October 2011

TOLONG PERIKSA TELEFON BIMBIT ANDA

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Klik button "SHARE" supaya muslim lain diketahui perkara ini.. ^_^b

Monday 3 October 2011

CARA UNTUK MENAMBAH KELAJUAN PC/LAPTOP


1) Open notepad.exe

2) Type :
mystring=(80000000)
for RAM less than 128mb:
Mystring = (16000000)


3) Save it as aril.vbe (perkataan aril boleh ditukar dengan apa perkataan sekalipun, tetapi mesti berakhir dengan .vbe)
save as type : “All files

4) Double click and well done!=)
(Jangan risau untuk mencubanya sebab ia tidak usik registry anda, dan ia boleh digunakan pada semua OS version termasuklah 7,Vista,XP)

Friday 2 September 2011

KAEDAH MEREKABENTUK SISTEM BEKALAN AIR SEJUK BANGUNAN

 2.1 PENGENALAN

            Bekalan air bersih adalah sangat penting bagi sesebuah bangunan. Oleh itu, faktor pembinaan dalam membekalkan air tersebut perlulah dititikberatkan bagi memastikan pengguna berpuashati dengan kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan ini.

            Sistem bekalan air yang terdapat di dalam bangunan adalah terdiri daripada bekalan air sejuk dan bekalan air panas. Bekalan air sejuk datangnya dari bekalan air yang disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang di sambungkan melalui paip perkhidmatan.

            Manakala bekalan air panas pula adalah melalui unit pemanas (heater) yang disediakan pada setiap ruang atau bilik yang diperlukan. Pemanas ini mendapat bekalan air daripada paip bekalan air sejuk.


2.2  SISTEM BEKALAN AIR SEJUK

            Sistem bekalan air sejuk yang digunakan pada bangunan ini adalah sistem tidak langsung di mana air di simpan di dalam tangki terlebih dahulu. Air dari paip perkhidmatan akan dihantar ke tangki sedutan sebelum di pam ke tangki simpanan pukal. Dari tangki simpanan pukal, air ini diagihkan kepada paip pengguna.

2.2.1  Jadual Peralatan

2.2.1.1  ARAS BAWAH
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
4
-
18
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
8
22
Sinki (sink)
-
-
-
3
-
3

2.2.1.2  ARAS SATU
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
-

2.2.1.3  ARAS DUA
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
-

2.2.1.4  ARAS TIGA
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
- 

2.2.1.2  ARAS EMPAT
Kelengkapan
Tandas Lelaki
Tandas Wanita
Tandas (OKU)
Kantin (kafe)
Surau
Jumlah
Water closet (wc)
6
6
2
-
-
14
Wash basin (wb)
6
6
2
-
-
14
Urinal
6
-
-
-
-
6
Pili (tap)
6
6
2
-
-
14
Sinki (sink)
-
-
-
-
-
-

2.2.2  Jumlah semua peralatan dalam bangunan
Kelengkapan
Ground  floor
First floor
Second floor
Third floor
Fourth floor
Jumlah
Water closet (wc)
14
14
14
14
14
70
Wash basin (wb)
18
14
14
14
14
74
Urinal
6
6
6
6
6
30
Pili (tap)
22
14
14
14
14
78
Sinki (sink)
3
-
-
-
-
3


2.2.3  Jumlah simpanan air yang diperlukan bagi bangunan ini:-

Water closet (wc)    =   70  x   180   =       12600
Wash basin (wb)     =  148 x    90    =       13320 (termasuk untuk air panas)
Urinal                        =   30  x   180   =         5400
Pili (tap)                    =   78  x    90    =         7020
Sinki (sink)               =    6   x   130   =           780 (termasuk untuk air panas)
                                               Jumlah  =      39120 liter


Faktor penggunaan  =  75% hingga 90%

Andaikan faktor penggunaan = 85%

Oleh itu,
Jumlah simpanan air =  _ 85_  x   39120 liter
                                                      100
                                                =  33252 liter


2.2.4  Penentuan Saiz Tangki,
           
Biasanya lebihkan 15% daripada jumlah simpanan.
                        = _115_  x  33252 liter
                             100  
                        = 38239.8 liter

Daripada jumlah tersebut, bekalan air simpanan ini dibahagikan kepada 2 tangki iaitu:-

i)             Tangki Sedutan  = 1/3 daripada jumlah air simpanan.
ii)            Tangki Simpanan pukal  = 2/3 daripada jumlah air simpanan.


2.2.4.1  Penentuan Saiz Tangki Sedutan

Jumlah air simpanan dalam tangki sedutan,
            =   _1_   x   38239.8 liter
                   3
            =  12746.6 liter

1 liter = 0.001 m3
Oleh itu,
Saiz tangki sedutan  =    12746.6  x  0.001m3
                                                =   12.747 m3
                                                =   12.75 m3

Jika tinggi dan lebar = (2m x 3m) telah ditentukan, maka panjang tangki sedutan  adalah:-
              =   12.75 m3   ÷  (2m x 3m)
              =   12.75 m3  ÷  (6 m2)
              =   2.125m

 Maka,
        Saiz yang sesuai bagi tangki yang akan digunakan adalah (2m  x  3m  x  3m). Anggaran ini  diambil bagi memastikan bekalan air simpanan mencukupi dan mengikut saiz ‘particiant’ tangki iaitu (1m  x  1m).

2.2.4.2  Penentuan Saiz Tangki Simpanan Pukal

Jumlah air simpanan dalam tangki simpanan pukal,
            =   _2_   x   38239.8 liter
                   3
            =  25493.2 liter

Bagi bangunan ini, tangki simpanan pukal dibahagikan kepada 2 bahagian
            =   25493.2 liter ÷  2
            =   12746.6 liter (bagi setiap tangki simpanan pukal)

1 liter = 0.001 m3

Oleh itu,
Saiz tangki simpanan pukal =    12746.6  x  0.001m3
                                                             =   12.747 m3
                                                 =   12.75 m3

Jika tinggi dan lebar = (2m x 3m) telah ditentukan, maka panjang tangki sedutan  adalah:-
              =   12.75 m3   ÷  (2m x 3m)
              =   12.75 m3  ÷  (6 m2)
              =   2.125m

 Maka,
        Saiz yang sesuai bagi tangki yang akan digunakan adalah (2m  x  3m  x  3m). Anggaran ini  diambil bagi memastikan bekalan air simpanan mencukupi dan mengikut saiz ‘particiant’ tangki iaitu (1m  x  1m).


2.2.5  Penentuan Kuasa Bagi Pam

Mencari kuasa yang sesuai untuk pam,
   Tentukan nilai berikut :-
            Tukarkan  38239.8 liter kepada gallon.

1 liter = 0.22gallon
           
            =  38239.8  x  0.22 gal
            =  8412.756 gal

   Kadar alir yang diperlukan  =  __kapasiti air yang diperlukan__
                                                        Masa operasi (jam)  x  60 minit
                                                   =  __8412.756 gal__
                                                        8 jam  x  60 minit
                                                   = 17.527 igpm
                                                   = 17.53 igpm
Oleh itu,
   Kapasiti pam perlulah berdasarkan berikut:-

            Penurasan kadar alir injap           =  17.53 igpm
      Kertinggian bangunan      = 29.6 m ( tinggi dari pam ke tangki
      simpanan)

Oleh itu,
                        Jenis pam yang digunakan adalah   =   SV1602 (2.2KW)
                                                                                            3HP at 2900 R.P.M.
                           (1 duty and 1 standby)



2.2.6  Penentuan Saiz Paip Dan Kadar Alir

Menentukan saiz paip yang sesuai untuk penghantaran air ke tangki simpanan pukal dan halaju.
Kadar alir      =   17.53 igpm
Halaju bagi Design Criteria          =   2.5 F.P.S.    6.0 F.P.S
Oleh itu,
            Paip bergalvani sebesar 40mm dipilih
                        1 mm   =   0.03937 inches
                        40 mm =   40  x  0.03937
                                     =    1.5748 inches
                                 =    1.6 inches (dibundar kosong titik perpuluhan)

Kadar alir, Q =   2.04 d2 V
17.53  =   2.04 (1.6)2 V
    V     =   17.53
                  5.2224
            =   3.357 gpm




2.2.7  Mencari saiz paip bekalan untuk penghantaran air ke peralatan.

Langkah-langkah:-
2.2.7.1        Dapatkan ‘loading unit’ bagi semua alatan. Rujuk jadual berikut:-

2.2.7.2     Tentukan nilai kadar alir ‘flow rate’ merujuk jadual berikut:-
  
2.2.7.3   Tentukan saiz diameter paip yang akan digunakan.
2.2.7.4   Kira panjang larian paip tersebut.
2.2.7.5  Kira panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan. Contohnya kira penggunaan ‘tee, elbow, and stop valve’ merujuk kepada jadual berikut:-
2.2.7.6   Tambahkan nilai antara panjang larian paip dan panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan. Ini bagi mendapatkan panjang paip efektif.

2.2.7.7    Dapatkan nilai bagi kehilangan turus ‘loss of head’ melalui graf berikut:-

2.2.7.8    Dapatkan nilai turus yang digunakan ‘head consumed’ dengan mendarabkan hasil panjang paip yang efektif  dan ‘loss of       head consumed’

2.2.7.9      Tentukan jumlah nilai turus yang digunakan ‘total head consumed’.

2.2.7.10  Dapatkan nilai bagi turus yang boleh digunakan pada titik           luahan ‘head available at point of discharge’.

2.2.7.11  Tentukan sama ada paip yang telah ditentukan tadi adalah sesuai atau tidak berdasarkan jumlah nilai turus yang digunakan  total head consumed’ dan turus yang boleh digunakan pada titik   luahan ‘head available at point of discharge’. Jika ‘total head consumed’ melebihi nilai ‘head available at point of discharge’. Maka, saiz paip perlu ditukarkan.




2.2.8   Contoh pengiraan tandas lelaki sebelah A (male toilet side  A):-

2.2.8.1  nombor paip  =  1
  2.2.8.2   beban yang dikenakan:-
wash basin (wb)  =  ( 6 x 5 ) x 3          =  90
  water closet (wc) =  ( 3 x 5 ) x 2           =  30
     tap                       =  [( 3 x 5 ) + 8] x 2  =  46
                                                               Jumlah   = 166

2.2.8.3  kadar alir  ( liter / s ): -
Bagi menentukan nilai kadar alir, jumlah loading unit yang digunakan perlulah merujuk kepada RAJAH 1.1.  Nilai yang diterima berdasarkan jadual tersebut adalah  1.88 l/s.
Untuk urinal, pengiraan bagi kadar alir adalah :-
   =  _( 3 x 5 ) x 4.15 liter_
                 20 x 60
   =  _62.25_
          1200
   =  0.052 l/s
Jumlah kadar alir bagi paip ini  =  1.88 + 0.052
                                                     =  1.932 l/s

2.2.8.4  Diameter paip yang dianggarkan (mm)
Anggaran yang kami tentukan untuk diameter paip ini adalah 50mm.

         2.2.8.5  Panjang larian paip (m)
Panjang larian paip   =  4.600 m  +  0.500 m
                                         =  5.100 m

2.2.8.6  Panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan ‘Length of  pipe equal to all resistance’ (m)
Nilai panjang paip setara dengan semua rintangan seperti elbow, tee,dan stop valve. Bagi paip ini nilainya adalah :-
   =  1 elbow + 1 tee + 1 stop valve (rujuk RAJAH 1.4)
   =  1.4 + 3.4 + 0.38
   =  5.180 m

2.2.8.7   Panjang paip yang efektif (m)
Panjang paip yang efektif di mana hasil panjang paip yang bersamaan dengan semua rintangan dan Panjang larian paip ditambahkan. Maka nilai bagi panjang paip yang efektif :-
              =  5.180 m  +  5.100 m
              =  10.280 m

2.2.8.8  Kehilangan turus ‘Loss of head’ (m/m run)
Kehilangan turus boleh didapati jika merujuk kepada RAJAH 1.2 dengan memasukkan nilai kadar alir ‘flow rate’ dan saiz diameter paip yang dianggarkan‘Estimated pipe diameter’. Kehilangan turus bagi saiz paip yang berdiameter 50mm dan mempunyai nilai flow rate 1.932 l/s adalah 0.035 m/m run.

2.2.8.9  Turus yang digunakan ‘Head consumed’ (m)
Nilai kehilangan turus ‘loss of head’ didarabkan dengan nilai panjang paip yang efektif ‘effective pipe length’. Maka nilai turus yang digunakan bagi paip ini adalah :-
           =  0.035  x  10.280
           =  0.360 m

2.2.8.9   Jumlah turus yang digunakan ‘Total head consumed’ (m).
Jumlah ‘head consumed’  dimana nilai total head consumed yang sebelumnya ditambah dengan head consumed bagi paip ini. Bagi paip ini, nilai total head consumed yang sebelumnya tiada. Oleh itu, ambil nilai head consumed iaitu 0.360 m.

2.2.8.9   Turus yang boleh digunakan di titik luahan ‘Head available at point of discharge’ (m).
Turus yang sesuai pada titik luahan di mana nilai diambil pada panjang paip menegak (bagi paip ini nilai yang di ambil adalah dari keluaran tangki hingga ke tingkat 4) iaitu 4.600 m.

2.2.8.9   Saiz paip akhir ‘Final pipe size’ (o.d.)(mm).
Penentuan di mana paip tersebut sesuai digunakan ataupun tidak. Jika nilai  jumlah turus yang digunakan melebihi nilai turus yang boleh digunakan di titik luahan, saiz paip tersebut tidak sesuai digunakan. Bagi saiz paip ini (50 mm) sesuai digunakan.
























RUJUKAN:-  BUILDING SERVICES (PART II)